Pages

Sunday 29 December 2019

KISAH SERAM: Budak HosteL

[02:49] You will read the title "KISAH SERAM: Budak HosteL" in this blog, may be useful. Posted by: B - Shult | Labels:
Sunday 29 December 2019 true 02:49


KISAH SERAM
HORROR
koleksi kisah seram untuk santapan anda di malam hari....
Budak HosteL from the story KISAH SERAM by hafawati_shokri

#bisikan #ghost #hantu #horror #seram

#kisahseram Bedtimes Stories Budak-Budak Hostel                 
Malam itu keadaan hostel tenang dan damai seperti malam-malam biasa. Kelihatan dari bilik dorm 2421 sekumpulan pelajar-pelajar perempuan sedang hangat berbual sesama sendiri. Dari segi rancaknya mereka seperti sedang berborak suatu isu yang hangat.
                 
"Berapa kali aku cakap, mana ada hantu dekat hostel ni!"
"Hish, kawal sikit mulut kau tu Nurul. Jangan takbur sangat"
"Entah kau ni, Nanti kalau kau yang kena, baru kau tahu!"
"Betul tu, cuba kau tengok filem-filem seram. Biasanya watak yang bongkak macam kau ni lah yang selalu akan diganggu tau."
                 
Oh. Mereka berborak pasal hantu rupanya. Hantu yang menggangu mereka di hostel? sudah pasti kerana mereka semua tinggal di hostel. Tapi benarkah ada hantu? 4 orang remaja perempuan yang berusia awal 20'an ini semakin galak bercerita tentang hantu atau syaitan yang menggangu ketenteraman kediaman hostel mereka saban hari. Sebenarnya cerita mereka ini tidaklah spesik sangat kepada jenis hantu apa, tetapi biasalah, bila sudah bekumpul beramai-ramai begitu topik hantu adalah topik yang paling seronok untuk dibualkan. Ya, orang Malaysia suka hantu. Ika membuka satu lagi cerita yang dia pernah dengar dari seorang senior. 
                    
"Korang tahu tak. Dulu, dekat blok C hostel kita ni ada budak perempuan bunuh diri.  Bilik dia dekat tingkat 2. Waktu tu dia memang tinggal di bilik tu seorang diri dan kebetulan tengah ada masalah dengan teman lelaki dia. Oleh kerana tak tahan dengan tekanan dan masalah tu, dia pun kunci pintu bilik dan gantung diri dia dekat kipas siling."
                     
"Hah? Habis tu ada orang jumpa dia tak ika?" Reen memotong. Nurul dan Lia semakin teruja mendengar cerita dari ika.
                
"Ni aku nak cerita lah ni. Okay, kejadian tu dah berlalu hampir dua minggu lebih, tapi tak ada seorang pun yang tahu memandangkan waktu itu cuti mid sem. Selepas je tamat cuti, rakan-rakan si perempuan yang gantung diri ni berasa pelik sebab 3 hari berturut-turut dia tak datang kelas. Siasatan pun dibuat di bilik tersebut, dan mereka akhirnya menjumpai mayat si perempuan tergantung pada tali di kipas siling. Keadaannya sungguh mengerikan. Oleh sebab lama sangat tergantung, leher budak perempuan ini telah memanjang ke bawah. Kakinya hampir beberapa inci hendak mencecah lantai."
                     
"Eeeee!!! Seramnya!!" Reen, Nurul, dan Lia menjerit serentak.
                
Sebenarnya cerita pelajar perempuan bunuh diri ini merupakan cerita urban legend turun temurun yang pasti semua penghuni-penghuni hostel akan dan perlu tahu. Tambahnya lagi, selepas saja kejadian tersebut, maka berlakulah episod-episod yang menyeramkan di seluruh blok hostel. Mereka kerap diganggu dengan kelibat-kelibat yang tidak sepatutnya berada di situ. Iaitu kelibat pelajar perempuan yang bunuh diri itu! Paling hebat sekali bilik yang menjadi tempat bunuh diri sering sahaja berbunyi-bunyi seolah-olah ada penghuninya di dalam. Almari, meja, kerus, semuanya berbunyi bagai dihempas sepak terajang. Juga terdengar suara perempuan menangis mendayu-dayu, menjerit dan meraung-raung. 

Siapa yang berada di sebelah bilik puaka tersebut tahulah bagaimana rasa dan suasananya pada malam hari. Oleh kerana keadaan yang tidak terkawal, bilik tersebut telah dikunci bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Satu hal lagi. Oleh sebab perempuan ini di masa hidupnya suka memakai gelang kaki, maka memang akan kedengaranlah bunyi gelang kaki ini di malam hari. Kedengaran 'dia' bagai berjalan-jalan di sekitar blok hostel, koridor, tandas, dan juga bumbung bangunan. Bila terdengar sahaja bunyi gelang kaki tersebut, memang lintang pukanglah penghuni-penghuni hostel akan cabut lari masuk ke dalam bilik. Pernah beberapa pelajar terdengar bunyi gelang kaki sewaktu berjalan melintasi bilik yang sudah rapat tutup berkunci itu.

"Habis tu sampai sekarang ke hantu perempuan tu ada?" Nurul cuba mencetus persoalan

Beritahu Ika lagi, kes itu sudah berlalu 10 tahun yang lalu namun 'semangatnya' masih tetap dirasai sehingga sekarang. Walaupun  sudah jarang terjadi kejadian-kejadian yang mengerikan, 'auranya' masih ada lagi. Tiada siapa yang berani melalui bilik tersebut seorang diri terutama pada waktu malam. Rata-rata penghuni-penghuni blok d pernah terdengar macam-macam di bilik tersebut. Kiranya 'dia' memang masih ada lagi di situ. 


Story continues on wattpad below

SOURCEwattpad.com

After you read article KISAH SERAM: Budak HosteL what do you think is less than this article? If there is less please write in comment field yes :) And do not forget to like and spread if useful.

Discussion 02:49 about the title:
Is the Title KISAH SERAM: Budak HosteL Interesting?

No comments:

Post a Comment